Salam... dah lama tak update blog aku nie..heh heh heh, busy dan cam biasa aku perlu lalui pelbagai ujian di dalam kehidupan sebagai seorang manusia. 1,2 bulan ni kurang sikit shooting, masa kurang dan aku perlu lebih mengambil berat tentang kesihatan isteri aku yang sorang tu. Sejak bulan lalu, dia tiba-tiba diserang sakit ( yang agak misteri jugalah, sebab hospital tak bleh nak kenal pasti). Ops, sebelum tu aku bercerita di sini bukan atas dasar ape, cuma ingin bercerita aje... mulanya isteri aku ni suspek tekanan darah rendah, tapi bila double check di hospital , darah dia normal pulak. Pastu badan dia masih je lemah, then aku kesian nengok isteri aku, bawalah balik kampung...ubat cara kampung, jumpa lah orang2 yang mahir dalam selok belok penyakit ni, so berubat...dipendekkan cerita, macam-macam perkara dah dibuat tuk memulih penyakit isteri aku ni, sihat sekejap dalam seminggu, pastu sakit dia datang balik. So , aku ambik keputusan suh dia berenti kerja dulu... sebab banyak cuti dah, takut menyusahkan orang pulak kan. Biar dia berehat panjang kat kampung, kat sane ada famili besar, kalo duk kat umah ngan aku...risau pulak dia tinggal sorang jika aku g keje. Apa2 pun ini ujian dari Allah, kami redha. Dan aku sentiasa berdoa agar kesihatan isteri aku pulih kembali. Lagi satu..lupa, sambil2 tu aku ikhtiar jugak cara lain...pergi check mata isteri aku, yerlah manalah tau kerana mata dia...kepala dia selalu pening dan badan dia terasa lemah. Pergi kedai spek, dia ada silau yang banyak dan rabun jauh sikit. Jadi sekarang ni isteri aku dah kene pakai spek. Semoga ayang cepat sembuh eh. InsyaAllah boleh pulih seperti sedia kala. Amin...
11 April 2010
18 Februari 2010
folio_zainudinharon_nurhannani12022010
12022010 aku layan shoot anak buah orang rumah, Nurhanani namanya, adik Nani kiter nie special skit karekter dia, tak macam abang dan kakaknya, dia jenis cool n slumber, kurang menangis..heh heh, foto-foto nie aku layan masa dia tengah syok bermain dan rileks2, tak plan bagai, just shoot..lighting pun original punyer. Semoga adik Nanie membesar dengan jayanya eh...
02 Februari 2010
23 Januari 2010
folio_zainudinharon_kemelut
13 Januari 2010
folio_zainudinharon_santap
folio_zainudinharon_inggerisyangislam
folio_zainudinharon_menanti
folio_zainudinharon_cucikolam
Foto ni aku shoot sebaik saje tertarik ngan subjek seorang pekerja sedang mencuci kolam renang di kawasan pangsapuri aku tinggal. Subjek yang jarang aku temui lantas terus diabadikan dengan mood yang loose. Ada banyak shot, ini salah satunya dan aku suka shot yang begini. Heh...cuci jangan tak cuci beb!
04 Januari 2010
folio_zainudinharon_2010
2009 lenyap dengan seribu satu cerita, cinta , gelap terang, sandiwara, sukaduka, susah payah dan warna-warni kehidupan yang mungkin sukar untuk dirungkai dengan kata-kata lisan mahupun tulisan. Pasti yang tercoret, tercarit akan meninggalkan kesan-kesan emosinya tersendiri dan terus menjadi pedoman mahupun pengalaman hidup. Semoga 2010 yang dialu-alukan disambut sorak girang manusia moden hari ini menjadi bermakna dalam hidup kita semua yang menghuni mukabumi pinjaman ini, lantas seketika itu janganlah kita lupa akan Pencipta yang empunya sekalian alam ini, Syukur kita kehadrat Ilahi, Allah itu maha besar. Jom... derapkan langkah bersama zikir terpanah dijiwa, InsyaAllah kutempuhi dengan selamat.
folio_zainudinharon_gemazafana
25/12/2009 yang lalu pergi layan teater tari Gema Zafana kat Istana Budaya ngan binik aku dan beberapa orang rakan, dapat shoot kat dalam nie memang best, gabungan set pentas dan sistem cahaya yang diadun serta diiringi nadi utama gerak tari, pasti teruja beb. Heh... kalau korang sesekali layan zapin nie best gak ... walaupun aku ni takdelah tau pasal seni tari, tapi kalau dah seni tu cabangnye mesti ada sangkut paut. Ada masa lain kali nanti, bawalah geng, kekasih, mak bapak atau famili layan teater tari eh. Thanks kat member binik aku sebab beri permission tuk shoot waktu nie eh. Terimalah shoot indoor amatur ku ini heh!
Langgan:
Catatan (Atom)