07 Oktober 2007

folio_zainudinharon_029-031

Fotografi sukan ekstrem bukanlah sesuatu yang mudah. Tidak semua jurufoto yang bagus boleh menghasilkan foto yang baik untuk fotografi ekstrem. Seperti saya sendiri pun masih diperingkat amatur dan masih belajar dan mempunyai kelemahan tersendiri, senang cerita seseorang jurufoto sukan ekstrem dia perlu mahir di dalam sukan itu sendiri, paling kurang perlu faham akan selok belok trik yang dilakukan. Ini memudahkan untuk meng'capture' setiap foto dengan tepat dan menarik. Soal angle dan kreativiti itu menjadi titik fokus kedua dalam fotografi sukan ekstrem. * [ 029_York uno Move. 030_Fiseye shot on Uno. 031_ Uno pose. ]

folio_zainudinharon_027-028

Sukan lasak ekstrem salah satu perkara yang banyak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kehidupan saya. Sebagai salah seorang penggemar sukan lasak skateboard saya juga menyokong cabang sukan lasak yang lain seperti BMX dan in-line. Maka dalam sekitar tahun 2004 wujudlah sebuah majalah bernama Kompilasi 3X yang memaparkan sukan ekstrem di negara sendiri. Banyak jugak dugaan buat majalah ni... dan setakat ini hanya sempat sampai ke isu 19. Banyak pihak membantu... Puffa, Coklat, Pa'din, Sani, Ajiem serta ramail lagi laa ( sori la tak dapat nak sebut satu persatu ).... dan paling cool hingga sekarang adalah Haizan. Terima kasih kat korang semua... * [ 027_ Am Cher fs Bluntslide kat PJ. 028_inliner Edd. ]

01 Oktober 2007

folio_zainudinharon_024-026

Antara subjek yang sering menjadi perhatian jurufoto adalah keadaan sekeliling, seperti aksi di taman permainan, di jalanan, dan sebagainya. Saya pun tidak lari dari subjek itu... seronok dan kadang-kadang sukar untuk mendapatkan karya yang terbaik. Setakat belum ada hasil foto bagi subjek ini yang betul-betul 'menjadi' dari hasilkerja saya. Emm perlu banyak explore ni... * [ 024_Street Musician, CM. 025_ Buai laju-laju... 026_ Dedaun. ]

folio_zainudinharon_021-023

Subjek yang gemar dirakamkan banyak lensa kamera. Kanak-kanak! Yap... figura kanak-kanak yang comel dan dihiasi dengan telatah lucu dan memek bersahaja pastinya membuatkan hati tergeletek untuk senyum. Lantaran kamera selalu memainkan peranan mereka merakam detik manis itu untuk tatapan seisi keluarga. * [ 021_Nurhanan smile. 022_Call me Dik Nur please... 023_A good boy, Zaqwan Haziq]

folio_zainudinharon_018-020

Fotografi untuk band boy... Samurai dan Newboyz. Genre kedua-dua band ini berbeza... Samurai benadikan metal manakala Newboyz...pop rock. Apapun kedua-kedua band ini mempunyai pengaruh dan kekuatan mereka tersendiri. Lensa kamera memainkan peranan untuk menimbulkan 'jiwa' berlainan. * [ 018_Samurai in color. 019_Samurai in Black. Newboyz gang. ]

folio_zainudinharon_014-017

Sessi fotografi untuk fesyen 'streetwear' yang dirakam beberapa tahun sudah agak menarik dengan sentuhan teknik grafik baru. Lebih menjelaskan 'mood' dan karekter penggayanya. Pakaian Levi's dari koleksi peribadi Arjuna Salleh telah diperagakan oleh model-model yang baru mencipta nama pada seketika dulu, sekarang kebanyakkan mereka sudah begitu popular... tuah ayan nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu.... * [014_Firz Fairuz. 015_Irma Hasmie. 016_Sempoi Group. 017_Haflin & Ruby ]

folio_zainudinharon_011-013

Terlalu banyak rakaman foto potret telah dirakam, setiap potret memaparkan reaksi wajah individu tertentu. Dari potret juga kita dapat mengenali seseorang. Jom kita rakamkan potret-potret mereka. Potret yang dirakam ini, diambil khas bagi sessi interviu dalam majalah 3X. Kedua-dua mereka ini sangat berbakat dalam bidang 'skateboarding'.
* [011_Fuad Saifullah. 012_Pa'din got a medal.013_Pa'din yang sempoi! ]

folio_zainudinharon_009-010

Dyan Sufian ( Maaflah nama sebenar Pakciknya tak ingat )... Anak sulong adik isteriku, lahir pada 31 Ogos 2007... lebih kurang jam 2-3 pagi kot. Anak merdeka tuu... semoga kehidupan mereka sekeluarga disulami bibit bahagia. Syukran... * [ 009_ Malaysia @ 50. 010_Anak Merdeka. ]

folio_zainudinharon_007-008


Waktu bila fotografi itu diperlukan...saat merakamkan kenangan manis kelahiran adalah salah satu detik manis yang perlu diabadikan. Foto-foto akan menjadi bukti dan kenang-kenangan turun temurun. Tidak mengapalah adakalanya terpaksa menyuruh kamera disuruh berkerja sendiri. ( kena set-timer lah pulok, gitulah kalau dok berdua je,...). * [ 007_ 28 Ayang Birthday. 008_Welcome to the world...Dyan Sufian]

folio_zainudinharon_004-006

Tidak dinafikan, orang -orang tersayang banyak memberi inspirasi... mak abah, ayang(isteri), atuk dan adik beradik banyak menyuntik semangat untuk terus berkarya. Dari yang tersayang untuk yang tersayang. Rakaman foto peribadi famili juga seronok diabadikan sebagai karya yang mempunyai nilai sentimentalnya tersendiri. * [ 004. Saya & Isteri_ 005. Abah_006. Atuk Salmah. ]

folio_zainudinharon_001-003

Merakam apa sahaja yang terlintas dan ada di depan mata. Biasanya karya spontan itu juga menarik dari karya yang di 'set'. Namun kedua-duanya jadi menarik jika hati kita dah tertarik. Mainkan dengan aspek sudut, kontra warna... ruang dan cetusan seni kreatif. Karya saya banyak bersifat ringkas. Kadangkala bersahaja dan terpulang kepada individu untuk menilakan ianya sebagai cantik, tidak cantik, ber'nyawa'... atau apa sahaja. Setiap karya ada nilainya tersendiri, layan kan aja... * kiri ke kanan [001_Kuching padang. 002_ Mawar merah. 003_daun kering atas pagar. ]