21 Mei 2008

folio_zainudinharon_old


folio_zainudinharon_RM2 sehari

Merakamkan beberapa detik dan ketika...seketika berada di dalam bas awam Rapid KL, mevisualkan pelbagai ragam kehidupan warga kota yang berbilang bangsa, kaum dan kerakyatan. Ada melayu, ada india, ada cina, ada myanmar, ada bangla, ada indonesia, ada filipina, ada thailand, ada afrika dan lain-lain mungkin, memang majmuk. Lagikan pula diwaktu hari bekerja, waktu pagi dan petang...sememangnya penuh sesak bas Rapid kegemaran ramai ni... bagi warga bas atau penunggu setia di perhentian bas asakan sempit yang tidak kurang rapatnya seperti dalam tin 'Sardin' sudah menjadi rutin dan lali. Gara-gara merebut peluang tambang RM2 sehari bagi laluan utama. Kemudahan awam setelah Malaysia merdeka 50 tahun berwajahkan sendat ini perlukah distrukturkan semula agar semua masyarakat boleh menggunakan perkhidmatan ini tanpa reaksi muka kelat. " Mungkin ada yang berkata, jika tak nak berasak - asak naik kenderaan sendirilah!" ... ada betulnya juga kata itu namun... jika semua menggunakan kenderaan sendiri, semakin padatlah laluan raya KL ini.., dan lagi ramai lagi warga kota yang masih belum mampu untuk memiliki kenderaan sendiri, maka bas lah menjadi pengangkutan utama mereka untuk sampai ke suatu destinasi yang dituju. Jom sama-sama kita fikirkan, yang terbaik untuk semua. Berhati-hati di jalan raya semua... di dalam bas pun begitu juga.

folio_zainudinharon_dyan anis dah 8 bulan...


Pejam celik pejam celik, Dyan Hanis ( anak adik ipar aku ) dah pun masuk 8 bulan hidup di bumi tuhan ini. Memang kehadiran Dyan Hanis menceriakan kehidupan keluarga, keluarga mertuaku khususnya. Isteriku sesekali berpeluang menjaga anak buahnya itu, bagaikan "menatang minyak yang penuh"... fotografi ini diambil di hadapan rumah kediaman kami, sessi sembang petang bersama jiran... musim panas... tuu yang 'baby baby' ni semua tak berbaju... cahaya neutral membias masuk ke ruang legar antara rumah diabadikan menjadikan sketsa potret yang dramatik.