16 November 2007

folio_zainudinharon_kanak-kanak riang

Fotografi untuk kanak-kanak yang sentiasa mencuit hati, setiap gerak geri dan perilaku mereka sangat diteliti. Jom abadikan foto-foto anak-anak anda untuk kenangan mereka dewasa nanti.

folio_zainudinharon_otomobil

Fotografi Otomobil pun layan gak... jentera yang di 'shoot' adalah untuk imej editorial majalah modifikasi kereta Otomania.

folio_zainudinharon_perkahwinan

Abadikan resepsi perkahwinan kamu dengan foto-foto yang menarik dari sentuhan jurufoto tempatan. ( Untuk mengetahui harga pakej fotografi perkahwinan sila lawati laman blog http:deanilahdesign.blogspot.com )

14 November 2007

folio_zainudinharon_apa-apa aje...

Rakamkan apa-apa aje untuk tatapan kita dan juga umum...foto itu satu kenangan.

folio_zainudinharon_foto untuk seni


Seni itu ada di mana-mana...abadikan karya foto yang penuh bermakna...

folio_zainudinharon_036-037

Fotografi haiwan atau binatang (samalah tu...) adalah satu subjek yang menarik. Bagi sesiapa yang nak jadi 'wild life photographer' ni... banyak jugak cabarannya. Paling penting equipement kena lengkap. Tele lens yang 'panjang-panjang' dan Mikro lens... Aku juga berminat tapi kemampuan masih terbatas. Fokus poin untuk kategori binatang ini adalah menangkap gambar aksi binatang tersebut adalah sesuatu yang amat baik bagi kategori ini. Sama-samalah kita belajar... "Buah cempedak diluar pagar ambil galah tolong jolokkan...Saya budak baru belajar... kalau ada 'Tele lens' panjang-panjang tu tolonglah sedekahkan..heheh" ( gurau jer...)
(36_ Terbang Si Gagak. 37_ Ayam Hitam )

folio_zainudinharon_034-035


Melihat alam sekitar yang dipenuhi tumbuhan segar menghijau dengan kriteria sendiri ciptaan tuhan yang Maha Agung, maka tidak terlepas pandang bagi seorang jurufoto tidak kiralah bagi amatur ataupun profesional ianya adalah satu subjek yang menarik untuk dirakamkan. Subjek botanik dalam fotografi bukanlah suatu subjek yang mudah untuk mendapatkan sebuah foto yang betul-betul kualiti. Saya juga masih belajardari hari ke sehari. Hargai keindahan sekeliling kamu. ( 034_Di balik pohon. 035_Ciptaan tuhan. 036_Sang Pakis. )

folio_zainudinharon_032-033

Merakam foto-foto di dalam kerjaya korporat juga satu cabang yang menarik dalam fotografi. Perlu menjaga tertib dan protokol mengikut rentak individu atau sesuatu badan korporat tersebut. Jika santai dan tidak banyak kisah maka mudahlah mengaplikasi foto namun jika ada peraturan yang perlu kita ikut maka ikutlah dengan hati terbuka. ( 32._Fotografi sessi interviu Dato' Mirza di Tourism Malaysia. 33_ Fotografi( bersama Haizan ) untuk komitee Bar Council Malaysia. )