skip to main |
skip to sidebar
Humang aih... sapo nih! Satu figure dah cam bandit... lagi satu macam model t-shirt bundle.. hu hu..hu.. tak aih ni sessi mengarut lah nie..pose terbaru tuk januari nie...propaganda abendanyer...:(
Heheh...dalam semak ada gelung konkrit... subjek ni aku jumpa kat batu pahat... shoot the spot!
Masa aku park keretakat kawasan parking sementara kat opis...terus tengok langit pagi tu.. cantik... pastu ada subjek asap jet.. digabung pula dengan sinar mentari yang menyilau mata.
Cari subjek tuk shot itam putih...jumpa kepala paip... erm buleh!?
Subjek seorang budak bermain buaian di taman permainan, layan motion...
Pengantin sedang enak santap, kamera tetap meliar mencari sudut pandang kandid. Sila lah makan wahai raja sehari.
Shot nie biasa jer, suka2... cuma subjek seorang mualaf menarik minat aku untuk merakam insan bergelar orang putih yang memeluk islam. Semoga sejahtera suadara.
Subjek seorang bapa dan anaknya sedang menanti sesuatu ataupun seseorang, foto ni aku rakamkan ketika hadir ke majlis nikah di sebuah masjid.
Foto ni aku shoot sebaik saje tertarik ngan subjek seorang pekerja sedang mencuci kolam renang di kawasan pangsapuri aku tinggal. Subjek yang jarang aku temui lantas terus diabadikan dengan mood yang loose. Ada banyak shot, ini salah satunya dan aku suka shot yang begini. Heh...cuci jangan tak cuci beb!
2009 lenyap dengan seribu satu cerita, cinta , gelap terang, sandiwara, sukaduka, susah payah dan warna-warni kehidupan yang mungkin sukar untuk dirungkai dengan kata-kata lisan mahupun tulisan. Pasti yang tercoret, tercarit akan meninggalkan kesan-kesan emosinya tersendiri dan terus menjadi pedoman mahupun pengalaman hidup. Semoga 2010 yang dialu-alukan disambut sorak girang manusia moden hari ini menjadi bermakna dalam hidup kita semua yang menghuni mukabumi pinjaman ini, lantas seketika itu janganlah kita lupa akan Pencipta yang empunya sekalian alam ini, Syukur kita kehadrat Ilahi, Allah itu maha besar. Jom... derapkan langkah bersama zikir terpanah dijiwa, InsyaAllah kutempuhi dengan selamat.