23 Januari 2010

folio_zainudinharon_propaganda!

Humang aih... sapo nih! Satu figure dah cam bandit... lagi satu macam model t-shirt bundle.. hu hu..hu.. tak aih ni sessi mengarut lah nie..pose terbaru tuk januari nie...propaganda abendanyer...:(

folio_zainudinharon_alamimpianinmorning

Alam Impian adalah laluan rasmi aku nak gi keje buat masa nie( sebelum ada tol lah )... singgah sat kat satu bulatan..dalam bulatan ada mercu tuk taman tu..kira cam arca simbolik la... nengok matahari baru nak muncul..apelagi, capai kamera terus layan. Macam best jer... love this time...

folio_zainudinharon_dalamsemak

Heheh...dalam semak ada gelung konkrit... subjek ni aku jumpa kat batu pahat... shoot the spot!

folio_zainudinharon_kemelut

Masa aku park keretakat kawasan parking sementara kat opis...terus tengok langit pagi tu.. cantik... pastu ada subjek asap jet.. digabung pula dengan sinar mentari yang menyilau mata.

folio_zainudinharon_itamputih

Cari subjek tuk shot itam putih...jumpa kepala paip... erm buleh!?

folio_zainudinharon_buailaju2...

Subjek seorang budak bermain buaian di taman permainan, layan motion...

folio_zainudinharon_anis+kaknur+manja

Balik kampung ari tu... cam biase subjek faveret aku... anak2 buah n kengkawan nyer... layan 50 gak... shot nie agak istimewa sebab layan waktu petang... heh heh, iyo lah tu.

13 Januari 2010

folio_zainudinharon_ceriterasuamiitseri

Heheh...dah lama tak upload gambar aku dan binik ek, shot aku dan wife tuk 2010, semoga tahun nie ada sinar tuk kami. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah, bukan susah nak bahgia namun tak senang juga tuk bahgia.

folio_zainudinharon_santap

Pengantin sedang enak santap, kamera tetap meliar mencari sudut pandang kandid. Sila lah makan wahai raja sehari.

folio_zainudinharon_inggerisyangislam

Shot nie biasa jer, suka2... cuma subjek seorang mualaf menarik minat aku untuk merakam insan bergelar orang putih yang memeluk islam. Semoga sejahtera suadara.

folio_zainudinharon_menanti

Subjek seorang bapa dan anaknya sedang menanti sesuatu ataupun seseorang, foto ni aku rakamkan ketika hadir ke majlis nikah di sebuah masjid.

folio_zainudinharon_teranggelap


folio_zainudinharon_cucikolam

Foto ni aku shoot sebaik saje tertarik ngan subjek seorang pekerja sedang mencuci kolam renang di kawasan pangsapuri aku tinggal. Subjek yang jarang aku temui lantas terus diabadikan dengan mood yang loose. Ada banyak shot, ini salah satunya dan aku suka shot yang begini. Heh...cuci jangan tak cuci beb!

04 Januari 2010

folio_zainudinharon_2010

2009 lenyap dengan seribu satu cerita, cinta , gelap terang, sandiwara, sukaduka, susah payah dan warna-warni kehidupan yang mungkin sukar untuk dirungkai dengan kata-kata lisan mahupun tulisan. Pasti yang tercoret, tercarit akan meninggalkan kesan-kesan emosinya tersendiri dan terus menjadi pedoman mahupun pengalaman hidup. Semoga 2010 yang dialu-alukan disambut sorak girang manusia moden hari ini menjadi bermakna dalam hidup kita semua yang menghuni mukabumi pinjaman ini, lantas seketika itu janganlah kita lupa akan Pencipta yang empunya sekalian alam ini, Syukur kita kehadrat Ilahi, Allah itu maha besar. Jom... derapkan langkah bersama zikir terpanah dijiwa, InsyaAllah kutempuhi dengan selamat.

folio_zainudinharon_gemazafana

25/12/2009 yang lalu pergi layan teater tari Gema Zafana kat Istana Budaya ngan binik aku dan beberapa orang rakan, dapat shoot kat dalam nie memang best, gabungan set pentas dan sistem cahaya yang diadun serta diiringi nadi utama gerak tari, pasti teruja beb. Heh... kalau korang sesekali layan zapin nie best gak ... walaupun aku ni takdelah tau pasal seni tari, tapi kalau dah seni tu cabangnye mesti ada sangkut paut. Ada masa lain kali nanti, bawalah geng, kekasih, mak bapak atau famili layan teater tari eh. Thanks kat member binik aku sebab beri permission tuk shoot waktu nie eh. Terimalah shoot indoor amatur ku ini heh!