21 Disember 2007

folio_zainudinharon_potretsendiri


termenung di jendela ofis... memikirkan hari yang mendatang... heh heh...ya lah tu... yo poyo aje.... layankan aje...

folio_zainudinharon_langit


Aku gemar menangkap gambar langit.... ini antara satunya... tidak terlalu menarik namun keadaan langit berawan selepas hujan. Aku berikan sedikit sentuhan dengan nilai kontras yang agak 'berat'....

folio_zainudinharon_di jalanan


Fokus poin foto ini adalah kepada makcik yang sedang menyorong kereta sorongnya ke suatu destinasi yang aku pun tak pasti... sengaja aku bermain dengan ruang yang kosong bagi menunjukkan 'mood' syahdu...suram emmm...kira tersentuh juga hati kerana melihat masih ramai insan di bumi Malaysia ini mencari rezeki dengan cara ini. Walaupun perempuan ini sudah agak tua namun ia masih mencari rezeki dengan mengutip 'sampah' yang boleh dinilaikan dengan duit.

folio_zainudinharon_di jalanan

Foto ini aku rakamkan di waktu petang, sekitar jam 6 petang ... jalan raya agak sesak... waktu itu selepas hujan, maka fokus poin aku adalah bias imej di lopak takungan air di tepi jalan.. sedikit rumit kerana cuaca mula gelap... 'mood' yang suram namun agak seronok bermain imej bias dan kepantasan kenderaan bergerak...

foto+grafik= fotografik


Mungkin banyak persoalan timbul apabila wujudnya era digital dan sedikit sebanyak menenggelamkan kehebatan zaman analog. Walaupun kewibawaan zaman analog itu sendiri terutama kepada para jurufoto otai adalah lebih jitu dan istimewa, namun dengan kemajuan zaman digital kerja-kerja menghasilkan foto lebih mudah dan tidak mengambil banyak waktu dan mungkin juga kos perbelanjaan. Jika zaman analog jurufoto mesti betul-betul mahir menggunakan kamera , barulah boleh menghasilkan foto yang menarik dan menjadi..tetapi ianga akan memakan masa dengan kerja-kerja expose filem dan percetakan di bilik gelap. Bagi era digital itu tidak berlaku dan kerja-kerja expose dan cetak di bilik gelap kini ditukarkan dengan kerja-kerja 'editing' menggunakan software tertentu di dalam komputer ( 'digital darkroom' ). "Pi mai Pi mai tang tu gak..." Perbezaan kedua-duanya memang banyak ketara, terpulang kepada jurufoto itu sendiri ingin menggunakan mana-mana teknologi terdahulu dan terkini, apa yang penting sebagai seorang jurufoto mestilah ada kemahiran dan banyak belajar dari pengalaman bagi menghasilkan foto yang kreatif dan menarik juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Pertikaian di era digital juga berlaku, di mana antara foto yang diedit dan tidak. Melihat kepada peratus foto itu diedit dan ketulenan foto itu sendiri. Kemasan yang dibenarkan adalah seperti memperbetulkan nilai terang-gelap, memperhalusi dan kesesuaian warna. Bagi imejan salin dan letak ( superimpose ) memang tidak dibenarkan. Ini juga terpulang kepada jurufoto masing-masing, samada ingin fotonya dibiarkan nilai ketulenannya atau diberi sedikit sentuhan teknologi komputer. Terpulang kepada masing-masing kerana ianya boleh dinilai oleh mata-mata jurufoto itu sendiri, yang mana baik dan yang mana tidak elok. Sama-samalah kita belajar.


* 2 foto kucing ini menunjukkan antara foto yang sudah di edit dan tidak. ( atas foto yang telah diedit dan di bawahnya adalah foto asal. )

17 Disember 2007

folio_zainudinharon_anugerah skrin 2007

Foto-foto Anugerah Skrin 2007

04 Disember 2007

folio_zainudinharon_fotografi

tafsiran fotografi melalui eksperesi seni, realiti, sekeliling, tumbuhan, alam dan sebagainya.